Sejarah blog ini tercipta

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatNya, saya tuan yang empunya blog ini secara rasminya telah melancarkan blog HakimZaini.com pada tanggal ini 23 Oktober 2014 secara sukarelanya. Apa yang bermain di benak sehingga tercetusnya penghasilan blog ini. Ikuti kisah dan sejarahnya nanti. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada anda khususnya kepada warga Malaysia yang sudi meluangkan masa meninjau blog yang saya janjikan bakal memberikan tips yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian kita dalam era serba modenisasi ini.


Cetusan Idea (Sejarah tercipta)

Al-kisah, kisahnya bermula semasa sedang saya sibuk-sibuk melayari laman web sosial media 9gag.com. Pasti ramai daripada anda mengetahui apakah sebenarnya 9gag.com bukan, secara ringkasnya laman web tersebut mampu mengembalikan semula mood anda daripada perkara-perkara yang menyedihkan/mendukacitakan. Kerana setiap apa yang dikongsikan merupakan perkara yang paling trending dan paling diminati di seluruh dunia. Banyak petikan yang best, .GIF(gambar format bergerak) dan paling menambat hati saya apabila diorang kongsikan tips berguna daripada laman web LifeHacks.org. Tips diorang sangat 'awesome' dan saya terfikir ianya pasti menarik untuk dikongsikan dalam versi bahasa melayu khususnya untuk masyarakat Malaysia.
Maka tercetuslah idea dan sebab mengapa blog ini tercipta, antaranya ialah:

  • Masyarakat pasti dahagakan tips-tips yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian meraka.
  • Perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dalam era modenisasi.
  • Sebagai satu platform masyarakat berkongsi pendapat tentang tips-tips yang diberikan.

Kesimpulannya, itulah serba ringkas kisah dan sejarah tentang blog HakimZaini.com. Terima kasih diucapkan dan ikutilah setiap tips-tips yang disediakan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Oh ya, jangan lupa tinggalkan komen tentang tips yang dikongsikan atau pesanan untuk saya membuat penambahbaikan keatas blog ini ya. Terima Kasih diucapkan.  :)




2 Komen cool " Sejarah blog ini tercipta "