#9 Godam Hidup - Buah Yang Boleh Meningkatkan Daya Penglihatan Selain Lobak Merah

Rabun mata pasti menjejaskan manusia dalam menghadapi kerja-kerja seharian. Sama ada rabun itu akan berlaku pada usia muda ataupun akan berlaku pada usia yang tua. Ianya pasti membimbangkan kita. Untuk menghindarkan rabun, ada satu jenis buah yang boleh anda amalkan. Rata-rata masyarakat kita pasti sedia maklum yang lobak merah adalah sayuran yang boleh merawat daya penglihatan kita bukan. Tetapi masih ada satu buah-buahan yang lebih baik dari lobak merah jika diamalkan selalu, buah yang saya maksudkan itu adalah buah 'Kiwi'. Ini terbukti apabila saya sendiri mencubanya. Alhamdullilah, setakat ini daya penglihatan saya masih jelas hasil daripada pengamalan memakan buah kiwi. 

Kalau anda nak tahu, buah 'Kiwi' mengandungi Lutein (antioxidant) yang tinggi dan mampu merawat rabun mata. Begitu juga dengan lobak, kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang akan mengalami perubahan positif yang 'signifikan' dalam penglihatan mereka yang mengamalkan pemakanan lobak merah dan buah kiwi ni. Jadi apa tunggu lagi, dah sampai masa korang pula mencubanya. Selamat mencuba :) 








8 Komen cool " #9 Godam Hidup - Buah Yang Boleh Meningkatkan Daya Penglihatan Selain Lobak Merah "

Dua dua buah yg sedap dimakan dan dibuat jus...

Ehh sama? hehhe.. cantik template ni .. hoho

huhu terkantoi dengan bro sifu, yup sy study template tuan HH. Maaf kalau sebijik sangat, nanti saya lakukan perubahan dan penambahbaikan. Mohon diberikan izin ya mencedok serba sedikit ilmu SEO tuan. Terima Kasih :)

kiwi? seriously? kena try ni! tak best rabun ni T_T

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

yup, buah yang mempunyai antioksidan yang tinggi boleh melambatkan penuaan juga.. :)

Makan je, buah-buahan tak datangkan mudarat pun kalau mkn bnyk2. tp kena jaga2 juga kalau orang ada sakit diabetes.. :)